Free Auto Malaysia Backlinks

Tuesday, March 27, 2012

Lepaskan Dengan Kawalan


Buat...
Suami yang mendidik isteri
Ayah dan Ibu yang mengasuh anak-anak
Ketua yang mendepani pengikut
hatta
Penguasa yang memimpin rakyat

 

Friday, March 23, 2012

Tapak Yang Luhur



Di persinggahan umurku..
Tanah Perkuburan, Masjid Melayu Taiping
Pusara istirehat jasad wirawan bangsa
Namun roh masih bertebar ke segenap pesaka
Menuntut bela tanah merdeka..
Bangunlah wahai melayu bangun!

 

TAPAK YANG LUHUR

(Istimewa buat Dr. Burhanuddin Al-Helmy)

Imam Muda Al-Fateh


Pencarian Bakat...

 
Diriwayatkan...

Pada sebelum 1451 Masehi,  
terbinanya sebuah masjid sebagai pusat perkembangan dakwah dan tarbiyyah bagi sesebuah negara Islam.

Persoalan timbul.. Siapa yang bakal jadi Imamnya?

Maka..
Pencarian Bakat Imam Muda dilangsungkan;

Seputih Tinta Chinta


Seputih Tinta Cinta



Wahai Merpati Putih
Kirimkan salam rinduku padanya
Bersama kisah kasih
Yang kucoret padanya tinta cinta..

Rindu Di Kala Senja

Rindu Di Kala Senja

Ku lihat ia termenung
Jauh..
Meninggalkan ceria senja
Melepasi angkasa raya..

Sapaku tak bersahut
Tergurku tak bersambut
Berkali-kali..
Namun ia tetap membisu..


Oh..
Sekarang ku mengerti
Pada tuju anak matanya
Pada raut sendunya
Penuh dengan siratan makna..

Melayu


MELAYU

 


Melayu itu orang yang bijaksana 
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
 Kurang ajarnya tetap santun
 Jika menipu pun masih bersopan
 Bila mengampu bijak beralas tangan.

 Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
 Biar mati adat
 Jangan mati anak

Monday, January 30, 2012

Jangan Tunggu Ikhlas

"Nanti ler..saya nak beramal nanti betul-betul rasa ikhlas, saya tak suka paksa-paksa.. aci dop?" 

Ehem2! cer bace perutusan dari Raja Kapoor ni jap...hehe. 
"Buatlah apa saja kebaikan sejak sebelum fajar hingga terbenam matahari.. Ikhlas atau tidak, jangan diperkirakan dulu. Jangan kita ukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah, dan ikhlas diintai oleh riak dan sum'ah. Pedulikan ujub yg menanti masa utk mnyusup..! 


Sekian. Yang Ikhlas, Raja Kapoor.. ;P

-pmcorner-

Sama-sama Jadi Baik

Mereka bukan la tak nak jadi baik.. tapi mereka perlukan PANDUAN dan SOKONGAN..dengan kaedah yang paling BIJAKSANA. 

Err..kenapa aku cakap macam tu? 
Sebabnya, aku pun rasa benda yang sama.. Kerana kita cuma mnusia biasa.. Ada lebih dan ada juga kurangnya...


Jadi, waktu ada lauk lebih, kita kongsi-kongsi.. Yang mana-mana kurang, kita sama-sama top up! ^_^

-pmcorner-

Siapa Kawan Kita


Perihal pengalaman & perhubungan..
"Fakta dari kajian membuktikan bahawa kita adalah sepertimana orang yang paling lama kita luangkn masa bersama". 

Jika kita berkawan dengan tukang besi, maka segala ‘perisa’ besi akan terkena pada kita. Jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, bau harum minyak wangi akan hinggap ke badan kita. 

foto kfk.kompas.com

^_^ credit to Amin Idris.

-pmcorner-

Sunday, January 29, 2012

Think Positive

"Org duk mengata kita yangg bukan2, boleh jadi apa yang diperkatakan tu benar walaupun bernanah telinga kita mendengarnya.. 

dan orang duk puji2 kita siang malam, boleh jadi tu hanya sindiran supaya kita buat spot check dan repair balik akhlak kita!.. walaupun pujian tu best didengar macam lagu cinta kristal~"


 Apapun cu, ingat pesan atok..'think positive!' (atok educated) :D

-pmcorner-

Facebook Fanpage


-pmcorner-

Kesatuan di balik Perbezaan


Sekali lagi diulang.. 
Ruang tempur kita benar2 berbeza.. tapi kita tetap 
Merenung LANGIT yang sama..
Berpijak di BUMI yg sama.. 
Menyembah TUHAN yg Sama!


Walaupun ideologi kita berbeza, bukan menjadi tiket untuk kita terus-terusa bermasam muka! Mengapa kita sering menimbulkan permusuhan sedangkan manusia itu lahir dari sebuah kemesraan?

-pmcorner-


Iman vs Nafsu


Kata orang lama..  
"Apabila semboyan nafsu dibunyikan, bolehlah berikan ciuman dan ucapan selamat tinggal kepada sebarang kebaikan!" 

-Semakin kita menuju ke utara, selatan semakin menjauh.. 


Akibat kurang taat, mula la rasa nak buat maksiat~ huhu... 


-pmcorner-

Akhirnya, Syurga atau Neraka?

Di atas garisan halus ini, kita diberi pilihan sama ada untuk ke 'kanan' atau ke 'kiri'.. Lama kelamaan garisan ini akan lebur berperingkat-peringkat..dan akhirnya putus! 

Tak ada lagi garis pemisah.. tak ada lagi pilihan.. Saat itu lah yang akan menentukan kita di mana.. 


Cenderung ke 'syurga' atau ke 'neraka'.. u_u

-pmcorner-

Saturday, January 28, 2012

Hak Berfikir




Ehem!! Bila dh diberi kebebasan, main terjah jer yer...



Ingat der.. Gunakan 'hak kebebasan berfikir' sebelum menggunakan 'hak kebebasan bersuara'.. #_#





Jangan kerana terlampau taksub hendak memperjuangkan hak asasi manusia, tergadai HAK MUTLAK ALLAH!

-pmcorner-

Aku Percaya Cinta





Kata bijak pandai, 'dipercayai' lebih utama daripada 'dicintai'.. kerana KEPERCAYAAN adalah pintu kepada KECINTAAN.. 



maka sekiranya konsep asas ini dilanggar.. 
hilangnya PeRCaYa, hilanglah CiNtA! ^_^

Aku Percaya PadaMu.. Aku Cinta PadaMu...
Allahu Rabbi~

-pmcorner-

Bebas Hati, Bebas Palestin!

Benar yg apa diperkatakan.. 
"Segala masalah yg berlaku di Palestin saat ini, sebenarnya menggambarkan apa sedang dialami oleh hati-hati kita.." ~_~ 
 Selamatkan PALESTIN dgn menyelamatkan HATI kita.. ♥ 

 -pmcorner-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...